Pasangan Pearly Tan-M. Thinaah menghidupkan kembali peluang untuk ke peringkat 16 terbaik acara beregu wanita Sukan Olimpik 2024 Paris selepas berjaya menundukkan Wakana Nagahara-Mayu Matsumoto, sebentar tadi.
Kemenangan itu turut mengubati kekecewaan mereka semalam yang tewas tipis kepada gandingan ranking nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.
Baca Juga:
Berdepan lawan yang kini menghuni ranking keenam dunia nyata memberikan cabaran sukar buat Pearly dan Thinaah sepanjang perlawanan berlangsung lebih satu jam.
Ia jelas dibuktikan meskipun ketinggalan 9-12 pada set pertama, gandingan Jepun yang merupakan juara dunia 2018 dan 2019 itu mempamerkan kebangkitan hebat dengan meraih tujuh mata berturu-turut.
Walaupun Pearly-Thinaah cuba untuk bangkit pada lewat aksi, Nagahara-Matsumoto tenang menyerap tekanan untuk mencatatkan kemenangan 21-18.
Bagaikan mendapat tonik berguna ketika rehat, Pearly-Thinaah mempamerkan aksi lebih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: