Pasangan Pearly Tan-M. Thinaah gagal meneruskan rentak cemerlang dalam kejohanan All England 2024 selepas tersingkir di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Selepas melakar kejutan pada aksi pusingan 16 semalam, perjuangan beregu wanita nombor satu negara itu dihentikan oleh gandingan ranking ke-11 dunia, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dalam aksi yang berlangsung lebih satu jam.
Baca Juga:
Permulaan aksi bagaimanapun dilihat cukup baik buat Pearly dan Thinaah setelah mereka membuatkan Miyaura-Sakuramoto berada dalam keadaan tertekan.
Keadaan yang menyebabkan lawan dari Jepun itu banyak melakukan kesilapan mudah terutamanya menerusi tolakan sangkut ke jaring.
Selepas mendahului 13-10, Pearly-Thinaah tidak menoleh ke belakang lagi untuk menambah tujuh mata berturut-turut sekali gus menang 21-11.
Peringkat awal set kedua pula menyaksikan kedua-dua pasangan yang sudah bertemu dua kali itu saling kejar-mengejar mata dimana Pearly dan Thinaah mendahului 11-10 pada rehat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
