PETALING JAYA – Pengeluar upholsteri automotif, Pecca Group Berhad (Pecca) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM10.10 juta bagi suku keempat tahun fiskal 2023 berbanding RM8.25 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Hasil meningkat sebanyak tujuh peratus kepada RM54.33 juta, daripada RM50.75 juta setahun lalu menjadikan ini adalah keuntungan bersih dan hasil suku tahunan tertinggi dicapai Pecca dalam rekod kewangannya.
Margin keuntungan bersih Pecca bagi suku yang dikaji ialah 18.6 peratus, peningkatan sebanyak 23 peratus daripada tempoh yang sama setahun lalu.
Peningkatan dalam keuntungan adalah hasil daripada pengurangan kos operasi dan peningkatan kecekapan di fasiliti pengeluaran Kumpulan, sejajar dengan tumpuan strategik Pecca untuk mengoptimumkan produktiviti proses pembuatannya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Foo Ken Nee berkata, keputusan kewangan yang kukuh ini menunjukkan komitmen Kumpulan untuk mencatat pertumbuhan dalam perniagaan yang mapan.
Jelas beliau, ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: