Site icon Kool FM

Pecca meterai perjanjian jual beli tanah dengan UMW Development


PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) melalui anak syarikat milik penuhnya, Pecca Leather Sdn. Bhd. (PLSB) telah memeterai perjanjian jual beli dengan  UMW Development Sdn. Bhd. (UMW Development)  berhubung pembelian tanah perindustrian seluas 4.31 ekar dengan pertimbangan
pembelian RM8.45 juta.

Tanah yang terletak di Serendah, Selangor itu adalah sebahagian daripada pembangunan perindustrian, komersial dan kediaman campuran yang dikenali sebagai UMW HVM Park, sebuah taman pembangunan perindustrian bernilai tinggi yang dibangunkan khusus untuk aktiviti pembuatan bernilai tinggi dalam industri seperti penjagaan kesihatan dan automotif.

Menurut maklumannya  kepada Bursa Malaysia semalam, Pecca berkata, pembinaan bangunan
kilang itu akan mengikut reka bentuk dan spesifikasi bernilai tinggi selaras dengan keperluan di bawah Pelan Induk Taman UMW HVM.

Mengulas mengenai cadangan pembelian tersebut, Pengarah Urusan Pecca, Datuk Teoh Hwa Cheng berkata, pembelian tersebut adalah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version