PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) menyasarkan untuk menguasai pasaran dengan pendapatan diperoleh daripada perniagaan penerbangan sebanyak 15 peratus menjelang lima tahun akan datang.
Pengarah Urusannya, Datuk Kelvin Teoh Hwa Cheng berkata, ini adalah fasa pertumbuhan baharu buat syarikat untuk meneroka lebih jauh dalam sektor penerbangan.
Pada Q1FY2024, Kumpulan mencatat kejayaan dengan pesanan pembelian pertamanya untuk menyediakan pesawat penumpang Airbus A320 yang berdaftar Eropah dengan 180 tempat duduk.
“Sijil EASA, yang kami terima daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah awal tahun ini, membuka banyak pintu untuk kami.
“Kami kini mampu memberi perkhidmatan kepada industri penerbangan yang lebih luas, pasaran yang merangkumi syarikat penerbangan komersial, pemberi pajakan dan pelabur pesawat serta ekosistem penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Pada tahun fiskal 2023, Pecca memperoleh hampir…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: