PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) telah mengubah suai strategi kepelbagaian perniagaan penjagaan kesihatannya selepas berunding dengan pihak berkepentingannya.
Pengarah Urusan Pecca Group Datuk Teoh Hwa Cheng berkata, bagaimanapun niat Kumpulan untuk kepelbagaian masih berterusan dan ia merancang untuk menggunakan kedudukan tunainya yang kukuh untuk mencari peluang penggabungan dan pengambilalihan (M&A) atau usaha sama (JV) yang bersesuaian.
Jelasnya, Kumpulan telah membatalkan cadangan pengambilalihan 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Rentas Health Sdn Bhd dengan memeterai Perjanjian Pembatalan dan Pelepasan Bersama bagi meneroka kaedah kerjasama yang berbeza.
Oleh itu, Perjanjian Jual Beli bertarikh 2 Ogos 2021 dibatalkan berkuatkuasa serta-merta.
Kumpulan menegaskan cadangan mempelbagaikan perniagaan penjagaan kesihatan tidak akan diteruskan ketika ini dengan mengambil kira perniagaan penjagaan kesihatan sedia ada yang dijangka tidak akan menyumbang 25…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: