Menamatkan saingan Grand Prix Malaysia 2023 di kedudukan kedua nyata sudah cukup buat Pedro Acosta untuk mengesahkan kejuaraan dunia Moto2 menjadi milik beliau.
Acosta, 19 tahun dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan 320.5 mata, meninggalkan Tommy Arbolino yang mengumpul 243.5 dan Jake Dixon mengutip 183 mata.
Artikel Berkaitan:
Pemenang perlumbaan yang diadakan di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang itu dimenangi oleh pelumba Beta Tools SpeedUp, Fermin Aldeguer dengan catatan masa 36 minit 04.378 saat.
Ia menyaksikan Acosta yang menunggang jentera Red Bull KTM Ajo ketinggalan 7.128 saat berbanding pelumba berusia 18 tahun itu.
Peringkat awal perlumbaan menyaksikan Manuel Gonzalez dari Correos Prepago Yamaha VR46 Master Camp Team bermula dengan baik dan berjaya memimpin pelumba-pelumba lain.

Namun ketika memasuki selekoh kedua, beliau mengalami kemalangan selepas terdapat sentuhan bersama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: