Menerusi hantaran di Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, sepanjang latihan, Muhammad As’ad menjalani modul intensif yang merangkumi aspek ketahanan mental, fizikal dan kepemimpinan dalam menghadapi cabaran dalam ketenteraan.
“Walaupun berbeza persekitaran dan budaya, dengan dedikasi dan semangat juang yang tinggi, beliau telah berjaya menamatkan latihan tersebut dengan cemerlang sesuai dengan keperluan TUDM dalam usaha melahirkan pegawai yang berkualiti,” katanya.
Difahamkan, latihan selama tujuh bulan itu membabitkan kursus Modular Initial Officer Training Course No 33 yang berlangsung dari 2 September 2024 hingga 3 April lalu.
“Kejayaan ini menandakan langkah penting dalam kerjaya ketenteraan beliau dan Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah.
“Ia bukan sahaja menjadi kebanggaan TUDM tetapi juga bukti komitmen dan kecemerlangan anak bangsa dalam persekitaran pertahanan yang semakin…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
