Site icon Kool FM

Pegawai Pengiring Dituduh Pukul OKU Dipanggil Ke Bukit Aman


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin menyatakan bahawa Polis sudah memanggil kesemua pegawai pengiring yang terlibat insiden itu ke Bukit Aman.

Sebelum ini heboh di media sosial apabila seorang pemandu e-hailing yang merupakan seorang OKU membuat dua laporan polis pada hari yang sama.

Nando's

Laporan pertama dibuat menyatakan dia ditumbuk di kepala ketika diarahkan untuk mengalihkan kenderaannya.

Laporan yang kedua adalah untuk menarik balik laporan pertama dia buat. Di mana pemandu OKU itu menegaskan ada sedikit salah faham dalam kejadian itu. Dia tidak mahu meneruskan aduan tersebut.

BH Online turut menegaskan bahawa kamera papan pemuka kereta dan telefon bimbot pemandu berkenaan turut dirampas polis ketika kejadian.

Ramai netizen mahukan kes tersebut disiasat lagi. Dan pada hari ini, pemangku Sultan Johor, Tungku Ismail Idris (TMJ) mengeluarkan titah bahawa beliau mahukan siasatan menyeluruh kes tersebut dibuat….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version