Site icon Kool FM

Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan ‘HIV Adalah Hukuman Dari Tuhan’


Seorang pegawai perubatan diserang oleh netizen apabila dia bertindak mendakwa mereka yang dijangkiti penyakit HIV adalah sebahagian daripada hukuman tuhan. Dakwaan beliau ini bukan sahaja tidak wajar, malah mengeruhkan lagi usaha kerajaan untuk menentang stigma buruk dan diskriminasi yang selalu ada pada pesakit HIV di kalangan masyarakat di Malaysia.

Mohd Izham, seorang doktor pelatih di Klinik Kesihatan Kuala Perlis sudah pun menutup akaun TikTok beliau, sehari selepas videonya tular di media sosial. Dakwaan beliau ini jelas tidak boleh diterima sehingga ada yang sudah pun membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengambil tindakan ke atasnya.


Video yang mula tular sejak semalam itu memaparkan Mohd Izham memberitahu pengikutnya tentang seorang pesakit yang mengaku mempunyai beberapa pasangan seksual setelah didapati positif HIV.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version