Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain skuad bawah 23 tahun negara (B-23) nampaknya masih belum boleh kembali kepada kelab masing-masing apabila tempoh kuarantin terpaksa dilanjutkan seminggu lagi selepas salah seorang daripada pegawai pasukan disahkan positif COVID-19.
Perkembangan itu didedahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar melalui kenyataan dalam Berita Harian semalam.
Katanya, pegawai terbabit sudah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin berasingan dengan barisan pemain dan kejurulatihan selepas disahkan positif.
“Semua yang pulang dari Mongolia pada 3 November telah diarahkan menjalani ujian calitan PCR kedua pada 5 November lepas dan seorang daripada mereka didapati positif.
“Pegawai terbabit telah diarahkan menjalani kuarantin di tempat yang berbeza manakala barisan pemain, jurulatih dan pegawai yang lain perlu dilanjutkan tempoh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: