Site icon Kool FM

Pegawai Tentera Mabuk Rempuh e-Hailing Punca Lebuhraya MEX Sesak Luar Biasa Pagi Ini

Pegawai Tentera Mabuk Rempuh e-Hailing Punca Lebuhraya MEX Sesak Luar Biasa Pagi Ini


Pagi tadi pengguna Lebuhraya MEX menghadapi kesesakan luar biasa akibat berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kenderaan.

Seorang pegawai tentera ditahan selepas memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) e-hailing mengakibatkan seorang maut di Lebuhraya MEX dari arah Salak Selatan menghala ke Jalan Tun Razak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 5.38 pagi membabitkan kemalangan sebuah Perodua Alza dan Ford Fiesta.

Memetik Harian Metro, siasatan awal mendapati Ford Fiesta dipandu lelaki berusia 31 tahun yang juga pegawai tentera dipercayai memasuki laluan bertentangan.

Kemudian kenderaan terbabit bertembung secara berhadapan dengan MPV e-hailing dipandu lelaki berusia 41 tahun.

“MPV itu membawa dua penumpang warga Bangladesh, masing-masing lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 20 tahun yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version