Site icon Kool FM

Peguam Tipu 167 Pelanggan, ‘Rembat’ RM160 Juta Dalam Masa Empat Tahun


Dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, seramai 167 individu telah menjadi mangsa pecah amanah, ditipu oleh peguam yang sepatutnya melindungi kepentingan mereka, lapor NST.

Jumlah kerugian yang dicatatkan akibat jenayah pecah amanah (CBT) oleh peguam ini mencecah angka mengejutkan RM160.1 juta.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, kes melibatkan peguam ini tidak hanya menjejaskan reputasi profesion tersebut tetapi juga meninggalkan impak besar terhadap mangsa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan umur.

Ramli memaklumkan bahawa sejak 2021, sebanyak 53 peguam telah ditangkap berhubung kes CBT.

Tahun 2021 mencatatkan 39 kes dengan kerugian RM56.3 juta.

Pada 2022, kes menurun kepada 30 tetapi kerugian masih besar iaitu RM11.7 juta.

Namun, pada 2023, angka meningkat semula dengan 35 kes yang melibatkan kerugian RM29.7 juta.

Tahun lalu mencatatkan rekod tertinggi, dengan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version