
Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan menyatakan satu skim insurans baharu bakal diwujudkan bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk memastikan mereka terus dilindungi walaupun semasa perjalanan ulang-alik merentasi sempadan setiap hari.
Skim baharu itu akan memastikan hampir 400,000 rakyat Malaysia yang melintasi sempadan setiap hari dari Johor tidak tercicir daripada perlindungan keselamatan sosial selepas waktu bekerja, petik The Strait Times.
Baca Juga:
“Apa yang berlaku apabila anda dalam perjalanan dari tempat kerja pulang ke rumah? Di manakah perlindungan dalam tempoh ini?
“Perlindungan tersebut tidak disediakan, jadi kami sedang merangka satu skim baharu bagi pekerja yang berulang-alik antara Malaysia dan Singapura,” kata Datuk Seri Ramanan kepada The Star dalam satu temu bual eksklusif.
Beliau menambah bahawa skim insurans baharu itu merupakan salah satu keutamaan utamanya sejak dilantik sebagai menteri pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: