
PETALING JAYA – Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) merancang untuk memasang kenderaan elektrik (EV) jenama Dongfeng secara pemasangan tempatan (CKD) di negara ini tahun depan.
Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, langkah berkenaan bagi menyokong Dasar Automotif Nasional serta saranan kerajaan untuk mengutamakan pemindahan teknologi dan CKD.
Jelas beliau, ketika ini perancangan tersebut masih di peringkat perbincangan dengan pengeluar kenderaan jenama Dongfeng dari China.
Pada masa sama katanya, Pekema juga sedang mengenal pasti syarikat pemasang yang sesuai untuk melaksanakan proses berkenaan.
“Kita sedang dalam perbincangan dengan Dongfeng China untuk memasang kenderaan secara CKD di sini.
“Mungkin awal tahun depan kerana kita masih dalam rundingan dan perlu mengenal pasti syarikat pemasang yang boleh melakukan kerja pemasangan,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Golf Piala Presiden Pekema Ediesi ke-12 di Putrajaya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: