Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pekerja Kedai Roti Diberhentikan Serta Merta Selepas Aksi Cium Doh Tular Di Media Sosial

today9 October 2024

Background


Difahamkan, pekerja cawangan pusat beli-belah, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur itu dengan beraninya telah memuat naik videonya bermain dan mencuim tepung uli untuk dijadikan pretzel.

Auntie Anne’s Malaysia dalam kenyataannya berkata susulan daripada itu, cawangan syarikat tersebut telah ditutup sementara waktu bagi pembersihan.

“Terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden yang melibatkan Alice Chang baru-baru ini.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang sebelum ini bekerja dengan Auntie Anne’s Malaysia tetapi dia telah diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini.

“Sebagai langkah proaktif kami, cawangan terlibat akan ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh,” katanya.

Tambah mereka, kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan telah disahkan.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post