Site icon Kool FM

Pekerja Kencing Di Tepi Longkang, Restoran Mamak Di Melaka Diarah Tutup 14 Hari


Sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap restoran memastikan soal kebersihan dijaga sekaligus membolehkan pelanggan menjamah menjamah hidangan dengan bersih dan selesa.

Terbaharu, tular sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah, Melaka di mana pekerjanya dipercayai membuang air kecil di longkang berhampiran premis. Hal ini telah membuatkan Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan arahan untuk restoran tersebut untuk ditutup selama 14 hari.

Timbalan Pengarah JKN (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Dorothy Dayang Henry Sum berkata, arahan itu telah dikeluarkan selepas premis tersebut didapati terlalu kotor dalam satu pemeriksaan mengejut dilakukan petang semalam.

@malaysiagazette

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mengarahkan sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah ditutup selama dua minggu sehingga 14 Februari selepas video pekerjanya kencing di tepi premis tular semalam. Arahan dibuat selepas Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dorothy Dayang Henry Sum…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version