Mayat seorang wanita dalam keadaan mengerikan ditemui di tempat pembuangan sampah di sekitar perumahan Taman Indah Permai, Kota Kinabalu pada Khamis.

Mayat dalam plastik hitam

Memetik laporan Sinar Harian, mayat yang dipercayai telah dikerat kepada beberapa bahagian itu ditemukan tersumbat di dalam beg plastik sampah berwarna hitam.

Kejadian ngeri itu mula disedari kira-kira jam 7 pagi oleh sekumpulan pekerja lori sampah yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan rutin di kawasan tersebut.

Pihak polis kini masih berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Sumber: Sinar Harian