Bukan hanya tidak hadir dalam perbicaraan, syarikat tersebut, yang merupakan penganjur acara, latihan dan persidangan, juga gagal mengemukakan sebarang hujahan dalam kes ini.
“Selepas berpuas hati bahawa syarikat tidak hadir di mahkamah meskipun dimaklumkan tarikh perbicaraan, mahkamah meneruskan kes dengan memanggil penuntut untuk menyatakan kesnya bagi memastikan penyelesaian yang cepat seperti yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Perusahaan 1967,” kata Anthony.
Menurut beliau, disebabkan syarikat tidak mengemukakan sebarang bukti untuk dipertimbangkan mahkamah, ia menyebabkan bukti dikemukakan Ang tidak dicabar sama sekali.
Terdahulu, Ang mendakwa beliau dipecat pada 18 Jun 2022 tanpa sebarang alasan diberikan.
Difahamkan, beliau mula bekerja sebagai pengarah syarikat pada 11 Dis 2015 dan ditawarkan jawatan sebagai pengurus besar pada 1 Mei 2016.
Namun, syarikat itu menamatkan perkhidmatannya sebagai pengurus besar pada 4 Dis 2020. Tetapi, beliau kekal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
