
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tampil memberikan penjelasan penuh berhubungan dakwaan isu pelaburan jenama automotif China, BYD di Malaysia seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, MITI menjawab enam isu utama.
Isu 1
BYD dilaporkan sedang mempertimbangkan semula pelaburan mereka dalam kilang CKD di Tanjung Malim disebabkan oleh keadaan yang tidak menguntungkan.
Penjelasan MITI
BYD Automotive Malaysia Sdn. Bhd. (BYD) telah diluluskan Lesen Pengilangan (ML) interim pada 29 September 2025 untuk menjalankan pemasangan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) penumpang, termasuk Kenderaan Elektrik (EV) dan Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV) di Tanjung Malim, Perak.
Lesen tersebut diberikan berdasarkan profil pengeluaran berorientasikan eksport, di mana sebahagian besar hasil pengeluaran ditujukan untuk pasaran antarabangsa bagi memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
