Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pelaburan dalam Farm Fresh kejayaan besar Khazanah

today25 September 2025

Background


PETALING JAYA – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) merekodkan salah satu pelaburannya yang paling berjaya dalam tempoh lebih sedekad selepas menjual sebahagian besar pegangan sahamnya dalam Farm Fresh Bhd., sekali gus mengurangkan kepentingannya kepada hanya 3.02 peratus.

Dana kekayaan negara itu dikatakan memperoleh hampir RM900 juta sejak pelaburan awal dalam syarikat tenusu itu pada 2011.

Pada tahun tersebut, Khazanah membeli 30 peratus kepentingan dalam syarikat yang ketika itu dikenali sebagai The Holstein Milk Company Sdn. Bhd., pada harga antara RM18 juta hingga RM20 juta.

Khazanah bukan lagi pemegang saham utama Farm Fresh pada 4 September lalu selepas menjual 65 juta saham melalui anak syarikat milik penuhnya, Agrifood Resources Holdings Sdn. Bhd. yang mengurangkan pegangannya daripada 6.49 peratus.

Farm Fresh disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 2022, dengan kutipan hampir RM1 bilion pada harga terbitan RM1.35 sesaham. Penyenaraian itu menilai syarikat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

A.Aida Dimasukkan Ke ICU, Sahabat Mohon Doa Orang Ramai

Viral

A.Aida Dimasukkan Ke ICU, Sahabat Mohon Doa Orang Ramai

Penerbit Datuk A. Aida, dilaporkan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Khamis. Doakan A.Aida Berita itu disahkan oleh sahabat A. Aida iaitu Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi hantaran di Instagram miliknya. Dalam perkongsian

today25 September 2025