GEORGE TOWN – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) merekodkan pelaburan bernilai RM13.67 bilion di Pulau Pinang, melibatkan penawaran lebih 14,000 peluang pekerjaan, tahun lalu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jumlah memberangsangkan itu menjadi bukti keyakinan pelabur terhadap prospek jangka masa panjang yang ditawarkan di Pulau Pinang dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) secara amnya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada NCIA kerana membantu memudah cara pelaburan, sekali gus menyokong pertumbuhan pelaburan yang dicatatkan oleh Pulau Pinang pada tahun lalu.
“Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha NCIA untuk meningkatkan lagi daya tarikan Pulau Pinang kepada pelabur, melangkaui sektor utama seperti elektrik dan elektronik (E&E) dan jentera dan peralatan (M&E), khususnya dalam pembangunan teknologi serta bakat berkemahiran,” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, Kon Yeow menghadiri majlis penghargaan bagi syarikat yang terlibat dalam program Centre Of…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
