
Seorang pelajar universiti disaman polis selepas memandu sebuah Ferrari secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer (KM) 1.3 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian didapati berlaku sekitar pukul 6 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 20 tahun, petik Kosmo.
Baca Juga:
“Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu individu tersebut telah hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbabas ke bahu kiri jalan.
“Akibat kemalangan tersebut, kenderaan milik bapa pemandu tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan serta belakang,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara pemandu Ferrari itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Individu terbabit telah disiasat dan dikenakan saman di bawah Kaedah 10, LN 166/59, kerana memandu secara cuai dan gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga menyebabkan kemalangan,” ujarnya.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: