Menurutnya, ujian air kencing dijalankan pihak sekolah bukan bertujuan untuk kehamilan semata-mata, tetapi untuk mengesan penggunaan dadah dalam kalangan pelajar.
“Berita tular tidak tepat, ia memberi gambaran bahawa terdapat pelajar di sekolah kami yang hamil dan oleh itu perlu menjalani ujian kehamilan. Malah, ia hanya ujian air kencing, agenda rutin sekolah,” jelasnya.
Difahamkan, kes kehamilan seorang pelajarnya pernah berlaku tiga tahun lalu dan ia telah diselesaikan dengan baik.
“Justeru, bagi mengelakkan ia terjadi lagi, kami meneruskan ujian air kencing sebagai langkah pencegahan selain mengawal pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan,” katanya lagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: