Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar Sekolah Terpaksa Ditidurkan Akibat Serangan Anjing Liar Ketika Pulang Ke Rumah

today8 May 2025

Background


Akibat daripada kejadian itu, Muhammad Adeeb atau lebih mesra dipanggil Adeeb mengalami kecederaan parah pada beberapa abdomen badan dan kini terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Mohd Zarawi memberitahu anak keempatnya itu ditidurkan kira-kira pukul 7.15 malam pada Selasa selepas paras oksigen dalam badannya sedikit menurun.

“Doktor nasihatkan Adeeb ditidurkan supaya dia cukup rehat. Sebelum itu Adeeb ada bersembang dengan kami dan dia tanya lama lagi ke Adeeb kat sini (dalam wad), bila Adeeb boleh keluar. Semalam paling banyak dia bersembang dengan kami.

“Dia juga ada bercerita pasal kawan-kawannya dan dia juga seolah-olah tidak sabar untuk balik (rumah) dan berjumpa dengan kawan-kawannya itu.

“Dia tiada pesan apa-apa cuma dua tiga hari ini dia hanya cakap dia dahaga, nak minum air, kemudian dia cakap nak balik, lambat lagi ke boleh balik,” katanya.

Tambah Mohd. Zarawi, dia meluahkan sedikit berasa ralat selepas Adeeb terpaksa ditidurkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post