Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pelajar sekolah telah meluahkan rasa tak puas hati selepas mendapat tahu peraturan sekolah ketika jamuan raya sekolah.
Menurutnya, dia sudah semakin malas untuk pergi ke jamuan raya di sekolah kerana peraturan ketat yang dianggap tidak masuk akal.
Hal itu kerana dia memberitahu pihak sekolah didakwa telah menetapkan peraturan seperti tidak dibenarkan berdandan, memakai shawl dan perlu hanya memakai kasut sekolah.
“Sekarang makin malas pergi jamuan raya sekolah, sebab peraturan sekolah semakin lama semakin bangang.
“Kita nak bergembira, tetapi nak makeup sikit pun tak boleh. Tudung shawl pun tak boleh pakai, telefon tidak boleh bawa masuk.
“Kasut wajib kasut sekolah, baik tak payah buat jamuan sahaja,” tulis pelajar itu.
Bagaimanapun, luahan pelajar itu mendapat perhatian netizen dan mengingatkan pelajar tersebut bahawa dia sememangnya harus mengikut peraturan tersebut kerana dia bersekolah.
Malah, ada juga netizen netizen yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: