
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Enam meninggal dunia selepas rebah ketika menghadiri program orientasi kokurikulum di sebuah sekolah menengah di Jalan Chan Koon Cheng, Melaka, pada Rabu.
Pelajar meninggal dunia


Memetik laporan Harian Metro, kejadian cemas itu berlaku kira-kira jam 2.40 petang apabila mangsa yang berusia 18 tahun dilaporkan rebah sebelum dibawa ke hospital.
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas berkata, pasukan perubatan telah melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 68 minit, namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.11 malam.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa sedang berbaris di koridor kelas bersama rakan bagi menghadiri sesi orientasi kokurikulum sebelum tiba-tiba rebah.
Guru yang menyedari kejadian itu segera menghubungi ambulans sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan pelajar baharu Tingkatan Enam yang baru mengikuti sesi persekolahan kira-kira tiga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: