Site icon Kool FM

Pelajar Universiti Mengaku Tidak Bersalah Mabuk, Rempuh Palang Pintu Istana Negara

Lelaki Mabuk Ditahan, Rempuh Palang Pintu 2 Istana Negara


Seorang pelajar universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga merempuh palang keselamatan di Pintu 2, Istana Negara, awal pagi Jumaat.

Tertuduh, M. Kajen, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni, petik The Star.

Baca Juga:

Mengikut kertas pertuduhan, pemuda berkenaan didakwa memandu sebuah kereta dengan tahap alkohol dalam darah sebanyak 166mg bagi setiap 100ml. Tahap tersebut didapati jauh melebihi had yang ditetapkan oleh undang-undang.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Pintu 2, Istana Negara, Jalan Changkat Semantan kira-kira jam 3.50 pagi, Jumaat.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000, penjara tidak melebihi lima tahun, serta hilang kelayakan memegang lesen memandu bagi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version