Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini telah memuat naik status di akaun Facebooknya dengan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan dua anak kelahiran Johor iaitu pelakon Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, Ronny Chieng dan penyanyi yang juga penulis lirik lagu, Gin Lee.
Terdahulu Ronny Chieng pernah membintangi filem Crazy Rich Asians bersama pelakon popular Henry Golding.
Baginda mengucapkan tahniah di atas pencapaian luar biasa mereka di peringkat antarabangsa.
“Terima kasih kerana mengharumkan nama Johor. Saya percaya Johor mempunyai banyak bakat terpendam yang masih belum dicungkil. Jadikan kejayaan mereka sebagai contoh dan inspirasi kepada rakyat Johor. Saya berharap mereka terus kekal meletakkan nama Johor di mata dunia,” titah Sultan Ibrahim.
Lihat ciapan penuh itu di bawah:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: