Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pelakon terkenal Alec Baldwin melepaskan tembakan sewaktu pengambaran filem di New Mexico sehingga membunuh pengarah sinematografi dan mencederakan pengarah filem tersebut, lapor The New York Times. Kejadian itu terjadi sewaktu pelakon tersebut menjalani latihan dalam salah satu babak filem ‘Rust’, kini pihak polis sedang menyiasat punca kejadian.
Pengarah sinematografi, Halyna Hutchins, yang berusia 42 tahun meninggal dunia di hospital dan pengarahnya, Joel Souza, berusia 48, cedera pada kejadian yang berlaku pada 1:50 tengahari. Polis kini sedang giat menemu ramah saksi yang berada di lokasi bagi menentukan bagaimana kejadian itu berlaku.
Seorang pengawai Sheriff berkata setakat ini tiada apa-apa pertuduhan dikenakan kepada pelakon terbabit. Manakala Penerbit filem dan wakil filem ‘Rust’ masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kejadian tersebut.
Melalui laporan media…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
