Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelakon Ditahan Polis Kes Dadah

today29 January 2026

Background
Pelakon Lelaki Ditahan Reman Bantu Siasatan Kes Dadah


Seorang pelakon lelaki popular ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan pihak polis berkaitan kes penyalahgunaan dadah.

Pelakon lelaki ditahan reman

Memetik laporan Utusan Malaysia, perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap selebriti berkenaan menunjukkan keputusan positif.

Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan pihak berkuasa melengkapkan butiran kes serta mengenal pasti jenis bahan terlarang yang diambil dan tempoh tahanan reman.

Pelakon terbabit difahamkan kini berada dalam tahanan dan telah dibawa ke mahkamah untuk proses reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama individu tersebut berdepan masalah undang-undang berkaitan bahan terlarang. 

Sebelum ini, individu berkenaan pernah dijatuhi hukuman atas kesalahan menggunakan dadah jenis THC oleh Mahkamah Majistret Petaling…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post