Site icon Kool FM

Pelakon Lelaki Popular 1990-an, Badrul Muhayat Meninggal Dunia Semasa Tidur

Badrul Muhayat meninggal dunia semasa tidur


Pelakon Badrul Muhayat, atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, meninggal dunia ketika tidur di Pulau Pinang, pagi tadi.

Memetik laporan, berita itu disahkan pelakon Anne Abdullah selepas dimaklumkan oleh isterinya, Norhayati Zulkapli.

Artikel Berkaitan:

“Saya nak maklumkan Badrul Muhayat meninggal dunia di Pulau Pinang selepas isterinya cuba kejutkan dia tapi sudah tidak sedarkan diri,” katanya ringkas dalam satu rakaman suara di WhatsApp.

Difahamkan Allahyarham tidak mengalami sebarang penyakit serius.

Menurut isteri Allayarham, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru. Beliau memaklumkan kepada Harian Metro semasa membuat laporan di balai polis.

Sementara itu, pelakon Anne Abdullah yang mendapat berita pemergian Badrul melalui teman artis, Aida Aris yang berada di tempat kejadian.

“Saya difahamkan isteri arwah mengejutnya untuk bersiap-siap ke tapak karnival kerana berniaga di sana.

“Tapi, arwah tidak memberikan respon dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version