
Perodua mengumumkan struktur harga terbaharu bagi model kenderaan elektrik (EV) tempatan pertama, Perodua QV-E.
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memacu mobiliti mampan yang mampu dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia.
Melalui pengenalan pelan Battery-as-a-Service (BaaS), Perodua QV-E kini boleh dimiliki pada harga pengenalan serendah RM63,499*, dengan kadar pajakan bateri komprehensif sebanyak RM215 sebulan.
Bagi pelanggan yang memilih pemilikan penuh (outright purchase), model ini ditawarkan pada harga RM87,499* sepanjang tempoh promosi.
Strategi Lokalisasi Mengukuhkan Ekosistem Automotif Tempatan
Penetapan harga yang lebih kompetitif ini berjaya direalisasikan hasil daripada pelan lokalisasi berskala besar yang dilaksanakan oleh Perodua bersama vendor-vendor tempatan.
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengeluaran kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama Perodua tersebut, malah kini telah mencecah kadar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
