
PETALING JAYA – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyasarkan nilai jualan produk usahawan bimbingannya sebanyak RM30 juta menjelang tahun 2030 melalui pelan strategik RisSMart 2030 yang diperkenalkan baru-baru ini.
Nilai unjuran itu mampu dicapai agensi tersebut melalui pembangunan ekosistem peruncitan dan pemasaran holistik, termasuk pemasaran 1,000 variasi produk (SKU) serta pembangunan 25 SKU jenama RisSMart.
Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Risda dalam memperkukuh ekonomi komuniti luar bandar, di samping menyokong agenda sekuriti makanan negara serta meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam rantaian nilai industri agromakanan.
Mengambil kira cabaran ekonomi semasa termasuk peningkatan kos sara hidup dan perubahan corak perbelanjaan pengguna, RisSMart Grocer dibangunkan sebagai model perniagaan yang fleksibel, berdaya tahan dan berorientasikan keperluan pasaran.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: