Selalunya harga untuk nasi putih, air kosong dan ayam goreng kunyit tidak melebihi RM10.00 atau paling mahal mungkin sekitar RM12.00. Bagaimanapun, harga yang dikenakan ke atas pelancong tempatan di Langkawi ini benar-benar buat orang ramai terkejut.
Dalam satu kejadian yang tular di media sosial, seorang pelancong tempatan telah memuat naik resit makanan di salah sebuah gerai di Pantai Chenang, Langkawi. Beliau berang apabila dikenakan harga yang tinggi untuk sepinggan nasi putih, ayam goreng kunyit dan air kosong.
Artikel Berkaitan:
Beliau yang berkongsi tangkap layar gambar resit di salah sebuah kumpulan komuniti Facebook mendakwa dikenakan RM24.00 untuk hidangan tersebut. Harga yang tidak masuk akal tersebut membuatkan beliau berang dan faham mengapa pelancong terutamanya warga tempatan lebih gemar bercuti di tempat lain berbanding Langkawi.
— Pedoq, what is this behaviour? (@pedoqpop) January 14, 2024
“Patutlah orang luaq kata…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: