Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelancong Mahu Ke Thailand Diminta Berwaspada Dengan Laman Web Kad Ketibaan Digital Palsu

today2 May 2025

Background


Kewujudan laman web palsu ini sekali gus telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi pengguna, termasuk nombor pasport dan butiran kad kredit.

Malah, laman web itu menggunakan reka bentuk, logo, dan nama domain yang hampir menyerupai portal rasmi untuk mengelirukan pengguna.

“Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang caj dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan TDAC rasmi,” kata seorang jurucakap Imigresen Thailand dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya memeriksa URL laman web rasmi, yang diakhiri dengan domain “.go.th”.

Pelancong boleh mengisi butiran mereka di laman web rasmi TDAC, selepas itu mereka akan menerima e-mel yang boleh mereka tunjukkan semasa ketibaan di negara ini.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post