PETALING JAYA – Prihatin dengan bencana banjir yang dialami di beberapa buah negeri, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah mengumumkan pelaksanaan Program Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggannya yang terjejas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pelanggan dengan kemudahan pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi dan pembiayaan Kenderaan Bank Islam yang terjejas akibat bencana ini boleh mengemukakan pemohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan mereka sehingga tempoh enam bulan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Selain itu, Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj bagi penggantian kad kredit-i dan debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku.
“Bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas, Bank Islam menawarkan Kemudahan Bantuan Bencana 2022 untuk pelanggan Pembiayaan Perniagaan-i yang terkesan.
“Menerusi kemudahan ini, perusahaan mikro yang layak boleh memohon pembiayaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
