Suasana huru-hara berlaku di Ikea di Shanghai, China ketika pihak berkuasa kesihatan cuba mengunci kedai dan mengkuarantin mereka yang berada di dalam kedai. Ini berlaku selepas pegawai kesihatan mendapati bahawa pengunjung yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit COVID19 telah melawat tempat itu pada Sabtu lalu.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Di media sosial tular beberapa video yang menunjukkan para pelanggan mula menjerit dan cuba berlari keluar dari bangunan tersebut ketika beberapa pegawai kesihatan cuba untuk mengunci pintu selepas berita mengenai penutupan Ikea dibuat secara mengejut.
25 juta penduduk Shanghai telah mengalami peraturan sekatan yang ketat dalam tempoh dua tahun lalu. Penduduk Shanghai sebelum ini turut dilarang meninggalkan rumah selama dua bulan pada musim bunga tahun ini. Sekatan-sekatan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menghapuskan wabak COVID-19.
Bloomberg melaporkan pada Isnin lalu bahawa Pihak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: