PETALING JAYA – Pelanggan Astro boleh mula menstrim Netflix menerusi Ultra Box Astro secara berperingkat bermula semalam dan menerusi Ulti Box dalam tempoh masa terdekat.
Serentak dengan itu, Astro memperkenalkan ‘Pengalaman Baharu Astro’ melibatkan pengenalan pakej-pakej langganan baharu meliputi perkhidmatan penstriman terkemuka seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+ yang menawarkan lebih nilai dan penjimatan.
Pakej terbaharu itu terdiri daripada Pek Primary, Entertainment, Sports, Movies, Entertainment Plus, Premium 1, 2 dan 3 serta Platinum, pada kadar bermula RM59.99 sebulan.
Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata, pek baharu itu direka khas untuk menepati cita rasa pelanggan yang sentiasa menginginkan variasi dalam sajian kandungan hiburan mereka, pada kadar atau nilai yang lebih berpatutan.
“Ia hadir dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada tanpa ikatan tempoh kontrak, 12 bulan atau 24 bulan langganan,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: