Kool FM

Pelanggan Muslim Bakso Popular Di Indonesia Terkejut Rupanya Makan ‘Bakso Babi’ Hampir Sedekad


Penduduk di Yogyakarta, Indonesia, terkejut apabila mendapat tahu gerai bakso yang sering mereka kunjungi sejak sedekad lalu ternyata sebenarnya tidak halal.

Insiden ini menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk kerana peniaga terbabit didapati telah beroperasi selama sembilan (9) tahun tanpa sebarang indikasi bahawa bakso yang dijual adalah tidak Halal dan tidak sesuai untuk Muslim lapor CNNIndonesia.

Pelanggan Muslim Bakso Popular Di Indonesia Terkejut Rupanya Makan 'Bakso Babi' Hampir Sedekad
Sumber Gambar: Media Indonesia

Menyedari isu sensitif ini, Dewan Masjid Indonesia (DMI) mengambil tindakan segera. Setiausaha DMI, Ahmad Bukhori, menjelaskan bahawa organisasinya bertanggungjawab memasang sepanduk amaran di gerai tersebut.

Langkah ini diambil sebagai tanda keprihatinan bagi memastikan umat Islam di Yogyakarta tidak tersilap membeli dan mengambil makanan yang tidak halal.

Isu kontroversi ini sebenarnya mula dibangkitkan sejak Disember 2024. Menurut kenyataan DMI, perbincangan awal mengenai gerai tersebut bermula dalam mesyuarat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version