Setelah sekian lama dinantikan, 1.6 juta penjawat di negara ini akhirnya mengetahui yang mereka akan menikmati peningkatan gaji seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri kita.
Menurut Astro Awani, penjawat awam daripada kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional akan menikmati kenaikan gaji 15 peratus.
Kenaikan dilakukan secara bertahap iaitu lapan peratus pada Disember tahun ini dan selebihnya (tujuh peratus) pada Januari 2026.
Kumpulan pengurusan tertinggi pula akan mendapat kenaikan tujuh peratus, bermula dengan empat peratus pada Disember ini dan tiga peratus pada 2026.
“Pelaksanaan secara berfasa ini bagi memastikan tiada inflasi kerana jika inflasi naik pendapat boleh guna akan jauh kurang,” katanya mengumumkan berita itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 di sini, hari ini.
Anwar berkata, penjawat awam yang sedia berkhidmat akan diselaraskan gaji pada 1 Disember 2024. Selain itu, beliau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
