Site icon Kool FM

‘Pelarasan saiz’ bermula dengan pengurusan Petronas – Tengku Muhammad Taufik


KUALA LUMPUR – Langkah pelarasan saiz Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), yang bakal dimuktamadkan mejelang pertengahan tahun ini dimulakan dengan kakitangan di peringkat pengurusan, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

Beliau menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan usaha penyusunan semula tenaga kerja syarikat minyak negara itu adalah untuk melindungi pengurusan kanan, sementara kakitangan di bawah yang akan terjejas.

“Ia akan bermula daripada peringkat pengurusan terlebih dahulu.

“Kami akan berhati-hati dan melakukannya secara berstruktur. Dan bagi mereka yang terjejas, kami akan berurusan dengan mereka secara terhormat dan saksama,” katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan prestasi kewangan Petronas hari ini.

Bagi tahun kewangan 2024, keuntungan selepas cukai Petronas merosot kepada RM55.1 bilion, daripada RM80.7 bilion pada 2023 dan RM101.6 bilion pada 2022.

Muhammad Taufik menambah, terdapat perbezaan besar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version