Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelawak Terkenal Sudah 2 Bulan Ditahan Di Jeddah Disyaki Bawa Dadah Ketika Perjalanan Tunai Umrah

today1 January 2025

Background


Semalam netizen digemparkan dengan laporan menyatakan seorang pelawak terkenal ditahan di Jeddah kerana disiasat berkaitan dengan barang terlarang.

Satu lagi laporan menyusul menyatakan bahawa pelawak itu sudah dua bulan ditahan di Jeddah.

Dia dipercayai memiliki dadah jenis ganja dan membawanya bersamanya ketika dia pergi menunaikan umrah.

Dia ditahan di lapangan terbang Jeddah. Yang membuatkan dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Pelawak itu pergi ke Arab Saudi bersama dengan rakan rakannya untuk menunaikan umrah – menurut sumber Utusan Malaysia.

Namun masih tiada pengesahan siapakah gerangan yang dimaksudkan.

Utusan Malaysia turut mengesahkan bahawa akaun media sosial pelawak itu masih aktif membuat hantaran. Kerana dipercayai dikendalikan oleh pasukan media dia.

Dan pelawak itu dijangka bakal muncul dalam satu program televisyen yang telah dirakam lebih awal sebelum insiden penahanan di Jeddah itu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post

Luar Negara

Ganjaran RM8.4 juta untuk tangkap pencuri

London: Mangsa kecurian barang kemas dianggarkan bernilai 10 juta pound sterling (kira-kira RM55.96 juta) menawarkan ganjaran sehingga 1.5 juta pound sterling (kira-kira RM8.4 juta) untuk membantu mendapatkan semula barangan itu dan menangkap si pencuri. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today1 January 2025