PETALING JAYA – Malaysia diseru supaya terus memastikan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat (AS) dapat dipelihara, sambil sentiasa mencari peluang lain dengan negara di rantau Eropah dan BRICS, serta mengeratkan lagi kerjasama ekonomi dan diplomatik dengan negara ASEAN.
Ketua Penganalisis Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, selain itu, usaha untuk meningkatkan produktiviti, pembinaan kapasiti serta daya tahan ekonomi perlu dilaksanakan bagi memastikan kemandirian ekonomi Malaysia dapat ditentukan.
“Pengumuman tarif baharu menunjukkan bahawa AS sentiasa bersedia untuk berunding dan hasil daripada rundingan tersebut, tarif timbal balik yang telah dinaikkan sebelum ini kepada 25 peratus kini diturunkan kepada 19 peratus.
“Oleh yang demikian, kesan negatif terhadap ekonomi Malaysia dijangka kurang sedikit. Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia telah pun menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada empat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: