Kunto Aji, penyanyi dan penulis lagu yang terkenal dengan lirik-lirik penuh emosi, bakal menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2024 ini dengan konsert ‘Perjalanan Menawar Racun’.
Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh penggemar muzik di Malaysia untuk menyaksikan Kunto Aji beraksi secara langsung.
Lebih menarik lagi, platform penstriman video terkemuka di Malaysia, Tonton, telah menjalinkan kerjasama eksklusif dengan Kunto Aji dan Hashtag Media untuk memberi peluang kepada peminat-peminat setia menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Peluang Bertemu Kunto Aji
Bagi anda yang benar-benar mengidolakan Kunto Aji, inilah masanya untuk bertemu dan bersantai bersama idola anda. Tonton menawarkan peluang keemasan ini melalui kempen langganan yang berlangsung dari 19 Ogos hingga 25 Ogos 2024.
Dengan hanya melanggan pelan Tonton minimum selama 3 bulan, anda layak untuk satu penyertaan cabutan bertuah bagi memenangi tiket konsert…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: