Site icon Kool FM

Peluang kedua Amir dalam perniagaan emas menjadi


KULIM – Menutup atau menghentikan sesebuah operasi perniagaan kerana masalah kewangan atau pengurusan boleh disifatkan sebagai satu ‘mimpi ngeri’ bagi mereka yang bergelar usahawan.

Itu antara situasi getir yang pernah dilalui dan terpaksa ditelan anak muda kelahiran Selangor ini kira-kira enam tahun lalu.

Berkongsi cerita, pemilik kedai Emas Amir di sini , Muhammad Amir Jumri berkata, beliau terpaksa menutup keseluruhan operasi kedai emas yang diusahakan sejak tahun 2014 atas beberapa sebab tertentu.

Katanya, pada masa itu tiada pilihan lain yang boleh digunakannya selain nekad menutup operasi kedai emas miliknya itu yang hanya sempat dua tahun beroperasi.

“Kalau ikutkan minat berniaga itu memang ada dalam diri sejak di universiti lagi. Sebelum berniaga emas, saya pernah menjual perak dalam bentuk syiling dan bar secara online.

“Jadi lama-kelamaan, minat untuk menjual emas semakin bertambah didorong pula dengan nilai jualan dan beliannya yang jauh lebih tinggi berbanding…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version