Site icon Kool FM

Peluang memiliki rumah menerusi RMR 2.0


KUALA LANGAT- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sedang mengkaji keperluan untuk menjenamakan semula projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada RMR 2.0 bagi menyelesaikan masalah lambakan permohonan sedia ada.

Menurut Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu, inisiatif tersebut akan memberi peluang kepada pemohon untuk membeli kediaman bernilai RM55,000 secara tunai, berbanding ansuran bulanan RM300 selama 16 tahun menggunakan konsep tanpa faedah.

“Saya difahamkan permohonan sangat banyak sehingga mencecah 3,000 ke 5,000 permohonan yang layak setiap tahun, jadi KPKT akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menambah peruntukan bagi menampung senarai menunggu yang semakin bertambah.

“Jadi sekiranya ada pemohon yang mampu untuk membeli secara tunai, kerajaan hanya perlu membayar subsidi berjumlah RM20,000 berbanding peruntukan penuh RM75,000 bagi setiap rumah dan ia akan mempercepatkan proses…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version