Peluang Donald Trump untuk memenangi pilihan raya presiden pada bulan November ini melonjak selepas insiden cubaan membunuh, lapor Daily Mail.
Bekas presiden yang berusia 78 tahun itu terselamat dari cubaan membunuh apabila peluru yang ditembak tepat ke kepalanya tersasar pada petang Sabtu, di sebuah perhimpunan di Butler, Pennsylvania.
Dalam keadaan berlumuran darah, Trump mengangkat tangan selepas ditembak di telinga, mencipta imej yang kuat sehingga mendorong kepada kenaikan mendadak peluangnya untuk menang pilihan raya.
Sebelum kejadian, peluang Trump di PredictIt, sebuah ramalan dalam talian yang berpangkalan di New Zealand, adalah 59 sen setiap dolar.
Selepas serangan itu, peluangnya meningkat kepada 66 sen setiap dolar dan kekal, manakala peluang Biden menjunam kepada 22 sen.
“Reagan naik 22 mata dalam tinjauan selepas cubaan membunuh. Pilihan raya ini kemungkinan besar akan menjadi kemenangan besar,” kata Nick Ferres, ketua pegawai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
