Site icon Kool FM

Peluang usahawan lebarkan pasaran ke Indonesia


PUCHONG – Kerjasama dua negara melalui Dewan Perniagaan Permuafakatan Usahasama Malaysia (DPPUM) dan Perkumpulan Andalan Nahdliyin UMKM Indonesia DKI Jakarta bakal meluaskan lagi pasaran usahawan tempatan ke Indonesia.

Timbalan Presidennya, Ariff Fadli Abd Wahab berkata, inisiatif tersebut membuka laluan lebih tersusun kepada usahawan kedua-dua negara untuk menembusi pasaran ASEAN secara lebih agresif.

Katanya, kerjasama itu diperoleh selepas kedua-dua pihak memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan kepada kerjasama pemasaran dan pembinaan rangkaian perniagaan merentas sempadan.

“Ia bukan sekadar simbolik sebaliknya bertujuan memperkukuh kedudukan usahawan Malaysia dan Indonesia dalam rantaian perniagaan serantau yang semakin kompetitif,” katanya di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan kepimpinan tertinggi Bravo Biz Club dan Pengasas Braventure Club, Khairul Anuar @ Faizal manakala Perkumpulan Andalan Nahdliyin UMKM Indonesia DKI Jakarta pula diwakili…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version