PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melancarkan perkhidmatan baharu, iaitu Wakaf ASNB yang membuka peluang kepada pelabur untuk melaksanakan amal kebajikan menerusi dana unit amanah ASNB mereka.
Menerusi kemudahan tersebut, unit amanah yang diwakafkan oleh pelabur akan dikekalkan sebagai pelaburan pokok bagi menjana pulangan tahunan.
Pulangan daripada pelaburan pokok tersebut kemudiannya akan disalurkan kepada projek-projek berkepentingan awam pada setiap tahun dan ianya berterusan walaupun setelah pelabur meninggal dunia.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria berkata, ASNB adalah syarikat pengurusan unit amanah yang pertama dilantik sebagai mutawalli (nazir wakaf) oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
“Dengan pelantikan ini, ASNB memikul amanah untuk menguruskan dana wakaf ini sepenuhnya dengan tahap tadbir urus yang tinggi dan profesional untuk kepentingan ummah dan masyarakat.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: